Nonsensical Nonsense of A Different Kind!

Creating Ultimate Nonsense..

Sunday, September 24, 2006

Artis Dengan Boyfren and Family

haha..memeng sensasi betul what I wrote kat sini..hope tak kena saman..anyhow will put down the posting if it annoys or rub ppl the wrong way..mcamana pun nak tahu siapa boyfren Eja? Dengar cerita nama dia Sila Jamaludin..Di mana bertemu, tidakla dapat dipastikan..sesiapa yang tahu silalah beri comment..Ada banyak juga saya dengar berita tentang Camelia..tetapi terlalu sensasi sehingga sukar untuk saya terbitkan di sini..Ini adalah gambar Camelia dan family..

Nurfarahin Jamsari didenda Khalwat

Denda Khalwat
Nurfarahin dan suaminya, Noor Eddie Putra telah didenda kerana berkhalwat oleh Mahkamah Syariah..

Datin Norjuma Mengandung Lagi!

SEJAK mendirikan rumah tangga, Norjuma Habib Mohamad (Juma), 25, nampaknya lebih senang menjalani kehidupan sebagai isteri daripada diburu glamor dunia pengacaraan. Justeru, kehadiran wanita jelita yang kini bergelar Datin di Majlis Cocktail Nona Bersama 22 Jelitawan Negara, sempena Sambutan 22 Tahun TV3 Bersama Nona di Presidential Suite, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, baru-baru ini, memukau hadirin terutama pihak media. Anggun berpakaian serba hitam, kecantikan Juma juga bekas pengacara Nona 2003-2004 itu ternyata tidak luntur biarpun tubuhnya sedikit berisi kerana berbadan dua. “Alhamdulillah, saya mengandung lagi dan usia kandungan kini lebih tiga bulan,” katanya. Tidak seperti pasangan suami isteri lain yang seronok berkongsi pengalaman bakal bergelar ibu bapa, Juma dan suaminya dibelenggu perasaan takut berbanding gembira. “Bukan saya tidak bersyukur atau tidak seronok dengan kehamilan ini cuma selepas mengalami keguguran tidak lama dulu lebih banyak perasaan takut dalam diri saya. Apatah lagi ketika diberitahu mengenai berita gembira ini saya masih lagi dalam keadaan trauma. “Hakikatnya saya belum bersedia dari segi mental dan fizikal sepenuhnya. Bahkan doktor menasihati saya supaya tidak mengandung selama enam bulan selepas menjalani rawatan keguguran. Namun sebulan selepas rawatan saya disahkan mengandung lagi. “Justeru, sekarang ini saya lebih berhati-hati dan banyak merehatkan diri. Tidak lagi memandu atau menemani suami ke luar negara,” katanya. Juma mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohamed Nazim Razak pada 23 April 2005. Mengimbas kembali peristiwa keguguran dialaminya, Juma sendiri tidak sedar dia sudah berisi lima minggu ketika itu. “Saya baru saja pulang dari Dubai bersama suami. Dua hari kemudian, entah mengapa badan rasa tidak selesa dan lemah. Akhirnya saya ambil keputusan bertemu doktor. “Selepas dirawat, doktor mengesahkan jantung bayi tidak lagi berdegup dan saya perlu menjalani rawatan vakum untuk mengeluarkannya,” katanya seolah-olah keberatan menceritakan peristiwa itu. Sepanjang proses kehamilan, ibu mengandung tidak terlepas dari alahan ‘pembawa budak’. Pun begitu tidak dinafikan ada sebilangan kecil daripada mereka terlepas ‘mabuk laut’ sebaliknya suami pula terpaksa menanggung alahan. Apa yang pasti, alahan dihidapi Juma jarang berlaku pada wanita lain kerana ia terjadi pada waktu malam saja. “Biasanya ibu mengandung mabuk waktu pagi atau tengah hari, saya pula malam ketika semua orang syok tidur. Setakat ini belum pernah kena alahan sebelah pagi mungkin sebab saya amalkan tidur tengah hari jadi perut kurang berangin. “Selain alahan, saya juga mengidam makanan yang dulunya tidak begitu gemar namun sejak mengandung saya boleh makan apa saja hidangan Mc Donalds seperti burger, nugget, fries dan ayam dalam satu masa,” katanya menginginkan anak perempuan sementara suami mengharapkan, bayi lelaki. Beralih pada kehidupan berstatus Datin dan isteri kepada ahli perniagaan berjaya, Juma mengakui masih belajar menyesuaikan diri. “Saya orang biasa, tentunya memerlukan masa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Pun begitu saya semakin selesa bergaul dengan isteri rakan suami. Apapun selepas mendirikan rumah tangga kehidupan saya semakin tenang,” katanya.

Kevin Zahri & Intan Ladyana...


Kontroversi dan gossip Kevin & Intan...Betul ke nie? terlebih dahulu semua tahu siapa Intan? Intan adalah pemegang watak utama, Tipah dalam Tipah tertipu..Perkhabaran yang saya terima memang menunjukkan ke arah ini..Ada terbaca somewhere yang Kevin is soo smitten with her that he even calls her, his babyboo..haha.tapi he has taken down his posting on his blog about intan..check out his blog at http://kevinzahri.blogspot.com anyhow banyak juga saya terbaca gossip mereka berdua...dan juga yang berkaitan dengan Intan Ladyana..Intan dulunya seorang pelajar undang-undang di UIA, tetapi bagaimanapun sebelum 4 bulan nak graduate, dia telah keluar dari universiti itu, sebabnya tidaklah dapat saya pastikan..Tapi khabar- khabar mengatakan bahawa sebab dia terlalu seksi di luar..Disebabkan polisi universiti yang mewajibkan pelajar memakai tudung di kelas, kegiatan Intan di luar dikatakan tidak selaras dengan imej universiti..yang agak terdedah dan sosial....Ini telah menyebabkan kutukan dan kritikan dari rakan-rakan sekelasnya. Tetapi masing-masing ada pertimbangan masing-masing. Terpulanglah. Haluan yang hendak dituju adalah hak masing-masing. Anyhow we would like to wish all the best to Kevin dan Intan and semoga perhubungan berkekalan. Kevin kini baru sahaja habis membuat penggambaran Health & Fitness produksi stesen tv tempatan.

Kuala Lumpur Weddings Expo 2006

Went to Mid Valley yesterday...Was not surprised by the reception received by the organiser. With less than 15 ads running in the newspaper for less than 2 days for some, you cannot expect people to know. Disappointing and I give it both thumbs down. It's not a full blown event as it's attached to or rather ride on the other event which simultaneously held at the same time i.e. Mums and Baby exhibition.. Only one private wedding entrepreneur was there i.e. CT Catering.. Good for you! CT Catering is one of the largest catering provider in Malaysia and provides complete package for your weddings not only food and beverages but also includes canopies, cakes, photographers etc. With price starting at RM13 you can never be wrong with them! Feel free to visit http://www.ctcatering.com..