Nonsensical Nonsense of A Different Kind!

Creating Ultimate Nonsense..

Saturday, November 18, 2006

Chic Wear..Sensasi Pakaian Dalam Wanita Terbongkar!



Saat-saat berbulan madu memang amat dinantikan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Percutian ke destinasi pulau yang melambai keseronokannya memang mengasyikkan. Apatah lagi jika menginap di resort hotel bertaraf lima bintang yang semestinya menjanjikan alunan romantis bagi anda berdua. Bersantai di pasiran pantai yang putih dan suci dari kekotoran, melihat keindahan tenggelamnya matahari sambil menikmati minuman segar dan nyaman adalah satu pengalaman yang sentiasa diimpikan oleh kita semua. Apa yang pasti, kita mahukan sebuah bulan madu yang perfect, romantis dan tidak dapat dilupakan sama sekali. Perancangan anda memang hebat, tetapi bagaimanakah diri anda sendiri? Will you dress for romance? Lingerie semestinya memainkan peranan utama untuk membangkitkan perasaan indah dan mengasyikkan. Anda akan terasa amat syok..Tatkala ini, sudah terdapat pelbagai gaya yang elegan bagi lingerie untuk saat intim bersama yang sesuai dengan gaya dan karektor anda. Sebagai pengantin yang baru, lingerie semestinya pakaian yang wajib dan mewah di malam pertama. Bayangkan diri anda dalam kain satin yang seksi dan lembut. Suami anda pastinya akan terpukau. Kini, lingerie boleh dibeli secara online di Chicwear.com.my, satu-satunya online boutique Malaysia yang pakar dalam bidang lingerie wanita ini. Koleksi antarabangsanya amat sofistikated dan sesuai dengan gaya wanita moden seperti anda. Semuanya diimport dari luar negara oleh label antarabangsa. Koleksinya termasuklah bra sets, pakaian tidur, camisoles dan pakaian tidur. Bagi yang lelaki pula, anda tidak mempunyai alasan lagi untuk berasa malu untuk membelikannya untuk isteri tersayang. Anda boleh membeli pakaian dalam ini secara online yang terjamin keselamatannya melalui secure server Chicwear.com.my. Ahh, sungguh senang bukan. Klik jea button, you are already on your way to high heaven. YES! Jika ingin mengetahui kenapa malam pertama sesetengah pasangan sungguh sensasi, layari http://www.chicwear.com.my sekarang untuk mendapatkan koleksi penuh pakaian dalam wanita anda!

Thursday, November 09, 2006

Razak Baginda ditangkap!



KUALA LUMPUR, 8/6/06: Seorang penganalisis politik terkemuka tempatan yang dikenali sebagai Abdul Razak Baginda hari ini dikenakan perintah reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung pembunuhan ngeri seorang wanita Mongolia di sini dua minggu lepas. Wanita Mongolia itu mati dengan cara diletupkan dengan bom di Puncak Alam, Shah Alam. Mahkamah dimaklumkan bahawa dua laporan polis terhadap wanita warga Mongolia dan seorang penyiasat persendirian telah dibuat oleh Abdul Razak pada bulan Oktober lalu.
Ketika berada di mahkamah, Abdul Razak yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC) memakai kemeja lengan panjang warna biru laut dan berseluar hitam. Dia tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 8.15 pagi dengan tangan bergari.
Penganalisis lulusan sarjana bidang kajian perang dari King’s College, Universiti London itu dibawa melalui pintu yang berbeza daripada tahanan-tahanan lain sehingga gagal dikesan oleh para wartawan dan jurugambar.
Bagaimanapun, usaha Abdul Razak untuk mengelak daripada ditemui wartawan dan jurugambar gagal apabila sekumpulan jurugambar mengerumuninya ketika dia dibawa keluar melalui pintu berhampiran Mahkamah Tinggi Jenayah yang terletak di Jalan Raja di sini.


Abdul Razak dilaporkan ditangkap semalam pada pukul 11 pagi di pejabatnya di Jalan Ampang di sini.
Dia ditahan ekoran penemuan mayat seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah, 28, yang ditemui dalam keadaan berkecai di tepi Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam petang kelmarin.
Cebisan tulang dan daging mangsa yang dipercayai dibunuh dua minggu lalu dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat diletupkan dengan bahan letupan.


Dia dilaporkan datang ke Malaysia pada 6 Okt bersama adik perempuannya dan seorang sepupu untuk mencari lelaki yang mempunyai hubungan seks dengannya sehingga dia melahirkan seorang anak lelaki yang kini berusia 16 bulan. Apabila dia tidak muncul pada 19 Okt, adik dan sepupunya membuat laporan polis di sini dan meminta bantuan Kedutaan Mongolia di Bangkok. Berdasarkan kepada laporan itu, polis menahan tiga suspek dan kemudian menemui cebisan mayat di satu kawasan di Puncak Alam. Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata bapa Altantuya akan datang ke Malaysia membawa cucu lelakinya untuk menjalankan ujian DNA bagi menentukan siapa bapa kepada cucunya. Beliau berkata keluarga Altantuya juga akan membawa dokumentasi yang mendakwa boleh membuktikan Altantuya dan penganalisis politik itu sudah berkahwin di Mongolia.
Penganalisis politik tersebut sudah beristeri dan mempunyai anak dan menetap di Damansara Heights.
Syed Abdul Rahman berkata keluarga Altantuya mendakwa pihak mereka mempunyai sijil perkahwinan yang sah dan menurutnya berkemungkinan Altantuya telah memeluk agama Islam di negaranya.
"Saya hairan mengapa media melaporkan bahawa Altantuya mengugut penganalisis politik itu membayar sejumlah wang RM1.85 juta sedangkan keluarga Altantuya merupakan golongan berada di mana bapanya adalah seorang kontraktor yang berjaya di Ulan Bator, Mongolia," katanya.
Beliau juga berkata keluarga Shariibuu juga akan dibawa untuk mengenal pasti mayat Altantuya.Syed Abdul Rahman berkata Altantuya pernah datang ke Malaysia beberapa kali sejak Mac 2004 dan hubungan intim pasangan itu "bukan rahsia" lagi di kalangan keluarganya.
"Setiap kali bertemu, penganalisis itu akan memberikan Altantuya hadiah seperti barangan kemas termasuk berlian dan pernah memasukkan USD30,000 (RM108,000) ke dalam akaun Altantuya," katanya.
Beliau berkata keluarga Altantuya turut memiliki resit segala pembelian barangan kemas itu termasuk menyimpan foto pasangan itu apabila mereka bertemu.
Menurutnya lagi kebiasaannya apabila Altantuya ingin datang ke negara ini penganalisis politik itu akan bertemu dengannya di Shanghai terlebih dahulu sebelum membawanya masuk ke negara ini.
"Mereka akan menginap di hotel terkemuka di ibu negara setiap kali Altantuya berada di sini," katanya.
Beliau berkata pasangan itu juga pernah pergi melancong ke Afrika Selatan dan negara-negara di Eropah bagi meluangkan masa bersama.
Katanya penganalisis politik itu juga pernah berjanji untuk membelikan Altantuya sebuah rumah di Malaysia sebagai tanda kasih mereka.


Sementara itu, di mahkamah majistret berasingan dalam kompleks mahkamah yang sama, dua anggota polis berpangkat cif inspektor dan konstabel dibenarkan ditahan reman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes yang sama.

Majistret Ahmad Fairuz Mohd. Puzi membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman seorang pegawai polis berpangkat cif inspektor dan seorang konstabel wanita yang direman selama enam hari sejak Jumaat lalu. Mereka juga ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya.
Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang baru dilantik, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, polis percaya kes pembunuhan kejam itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.